You wanna know what would be good?
If Blogger has either the password-protected or private posting enabled just like LJ & Wordpress.
Cause better privacy control.
You wanna know what would be good?
If Blogger has either the password-protected or private posting enabled just like LJ & Wordpress.
Cause better privacy control.
T: Kau tak nak try mamat tu ke? Aku bawak kau lepak dengan dia nanti. Confirm kau suka.
Aku: Entah lah, babe. Aku tak pernah cakap pun dengan mamat tu. Plus, bagi aku mamat tu menakutkan. Ya lah. Orang kata dia baik tapi demeanour dia yang scary tu menyebabkan aku batalkan niat aku untuk bagi salam pun kat mamat tu.
T: Engkau ni. Sejak putus cinta ni, semua tak nak. Kata dah over dah!
Aku: Memang lah aku dengan Y dah over. Aku pun dah terima kenyataan dah yang aku dan Y mungkin tak akan reconnect sama cam aku dengan M.
T: Kau ni baru putus dengan dua orang pun dah give up. Takkan lah trauma sangat! Ke ada something else?
Ya. Mungkin ada something else. Something yang aku sembunyikan selama ini. It could have been him but I choose not to. Tak dinafikan S memang handsome and ramai kata dia baik. Ramai memang nak kat dia tapi bukan aku. Bukan sebab S ni not my type. No, that's not it. Kalau boleh DAN dia sudi, nak je. Come on lah! Bayangkan umur kau 14 tahun and ramai orang cakap yang kau ni hodoh macam babi and this guy sorang je yang rasa kau lawa DAN dia syok kat kau, dah lah hot pulak tu! Kau rasa? Aku on je sebab bila orang cakap aku hodoh, boleh je aku sound balik, "Aku kisah apa kau cakap? Boyfriend aku hot dowh! And dia pun cakap aku hot!"
Which is memang best lah kalau betul-betul berlaku? Hakikatnya, kau nak tegur dia pun takut. Mentang-mentang lah mata dia tajam ala guillotine yang pancung orang. Honestly, aku takde mood nak kena pancung. Orang lain pasang life goals, aku pun ada siap ada death goals lagi. Ya, ramai ada death goals tapi aku saja nak cakap yang aku pun ada (gitu!). And, death goals aku adalah untuk mati macam anime, dalam keadaan one piece (geddit?) & in peace.
Also, another hakikat: dia tu ada girlfriend so takkan lah dia senang-senang nak lepaskan girlfriend dia. Okay, aku tau ke dia tu actually ada girlfriend? Actually, no. But come on, muka camtu takkan takde. Unless parents dia jenis cam parents aku, no dates until university graduation. Even if mamat tu at that time, single mingle makan pringle cam aku, do you think he fancies me? Aku tak tau AND aku malas nak ambik tau sebab time tu memang tak boleh ada romantic relationship so bila orang tu suka balik kat kau, memang problem lah.
And even if dia suka aku pun, it's going to be awkward. Adik dia batchmate aku and kawan-kawan aku ramai kawan dengan dia sooo.... faham-faham je lah. Aku dan adik dia, Q bukannya rapat mana. Setakat jadi classmates time form 1 je. And the only interaction we had was just saying hi to each other, itu pun ada incident dengan S yang membuat aku tak rapat dengan Q. Not gonna lie, what S did was to protect Q. Q is a nice guy. Annoying but a nice guy. Rupa pun boleh tahan tapi tak boleh kalah dengan S lah. However, ikut sexuality and cara aku bercinta, most likely aku pilih Q berbanding S.
Context: Aku dan adik aku tengah berjogging (read: berjalan) kat park dekat rumah aku. Sambil-sambil tu ada dua orang mamat yang aku tak kenal ni pandang aku semacam. Aku takut so aku cepatkan lah pace aku sampai aku terserempak dengan S dan Q. Niat nak menegur Q tapi S caught my eyes and I found him scary. Cara dia pandang pun menunjukkan yang dia ni tak trust aku around Q soooo... okay, aku minta diri dulu. Tak ambik hati pun. Aku faham that he's just doing his job as a brother so sebagai seorang kakak, ada unsur kindred spirit di situ. Jadi abang atau kakak kena ada at least a Resting Murder Face (RMF) ya kawan-kawan. Bukan apa, time tu adik aku kena buli dengan peers dia and aku sebagai kakak cam gagal to protect him sebab bullies dia dah lah besar, pandai pukul pulak tu. Entitled gila tahap gampang tu tak payah cerita lah. Pernah aku defend adik aku sikit, terus kena marah. Like excuse me? Ni adik siapa? Aku ke kau? Kau entitled sangat nak buli adik aku pehal? Takut kena jadi baja untuk pokok Vicenzo ke kalau kau tak buli adik aku?
And also, nak dijadikan cerita: time tu aku minat gila kat si R. Dia takdelah handsome mana compared to S tapi aku faham lah why girls semua minat gila kat mamat ni. Comel, tinggi, kurus and a very peaceful aura and demeanour. So now you alls tau kan kenapa aku pilih untuk crush on R berbanding S? (Nak minat orang pun boleh pilih? Memang pragma style sangat ya Diyana Munira ni.)
BIG. MISTAKE.
Aku confessed kat si R ni. Dia pergi bagitau SATU batch, as in the WHOLE FREAKING BATCH!!!!!!!
AKU CONFESS, PANDAI-PANDAI LAH KAU SIMPAN, BODOH! BAGITAU SATU BATCH YANG MANA SEMUA ORANG LAGI GOOD LOOKING DARI KAU TU BUAT APA?
Another fun fact: S satu batch dengan R okay! Satu platoon dalam scouts also which Q pun ada.
Kau rasa muka aku nak letak kat mana? Actually aku tebalkan je muka aku. Hadap je lah. Aku rasa pun aku ada contribute sedikit dalam incident tersebut. Ya lah, aku dengan excitednya bagitau my friends yang aku confess which is new at that time sebab aku ni jenis minat dalam diam lepas tu pergi mereput kat tepi katil bila crush couple dengan orang lain. So dengan aku confess ni kira achievement unlocked lah. Also, kawan-kawan dia tu kacau dia, bukan aku. I mean, they tried tapi either aku confused atau aku tengah sibuk cuci mata tengok budak-budak scouts yang lain (cheh!). Diyana had a thick skin after all tapi not gonna lie, second-hand embarassment tu ada. Tapi okay lah S ni tak join in dalam kacau-mengacau aku ataupun si R. Dia hanya pandang aku dari jauh dengan RMF atau dengan muka yang paling judgmental yang aku pernah tengok. Either way, aku okay je sebab aku ada masalah lain so aku rasa dia tak payah menyibuk.
Not gonna lie lah, kalau boleh communicate dengan S telepathically tu mungkin akan jadi camni:
Aku: YANG
KAU NI ASYIK NAK PANDANG AKU CAMTU PEHAL? BERSYUKUR LAH AKU MINAT KAT R BUKAN
KAT KAU! KALAU KAU NANTI SATU HAL LAH PULAK!
S: MASALAHNYA, ADIK AKU LAGI HANDSOME KOT!
KALAU TAK NAK, COUSINS AKU PUN BOLEH! TAPI MAMAT TU JUGAK KAU PILIH! MANA AKU
TAK JUDGE KAU, YOU TELL ME!!!!!!!!!
Ni author's imagination lah. Conversation might be different soooo.... whatever lah. Benda dah lepas. Aku dan R are on friendly terms. Mamat tu dah kawin and ada anak so boleh tutup buku lah. However, had to admit that 2002-2003 adalah time yang mana it contributes to the bulk of my character development. Nak kata darkest moment of my life, takde lah jugak sebab I was doing academically well. But then again, time tu lah aku berkawan rapat dengan W dan W ni tipu aku yang R ni suka kat aku balik (walaupun gut feelings aku kata otherwise). And, W lah penyumbang utama kenapa I decided to sign up for therapy session. Nampaknya, impact W runs deep. But that's another story. Sooo, kalau kau budak 88-liner and 86-liner yang nak aku spill tea, roger2 lah ya. Kita pergi mengopi.
Back to the story, B suggest aku lepak dengan dia and S. Tengok character dia camana. Boleh je. Dia bawak Q pun aku happy. Lama aku tak jumpa mamat tu. Mana lah tau mungkin aku dan S boleh jadi best friends walaupun cukup lah F dari law school tu jadi best friend aku. Aku punya experience dengan W ni buat aku rasa serik cari best friends. Heck even most of my friends memang at arm's length. Compared to putus cinta, betrayal hits the worst. So yeah. Mungkin sebab walaupun aku open nak berkenalan secara platonic dengan S & reconnect dengan Q, aku rasa cam dreading. Sebab? Nanti bila dah rapat sangat, aku rasa overwhelmed.
Memang aku takut kat S sampai aku dan Q tak bertegur sapa. Nak kata S main contributor, bukan. Cuma aku rasa sebab circle of friends kita lain dan kemungkinan besar aku tak suka kawan-kawan dia walaupun pada hakikatnya selepas C (kawan satu sekolah dan juga satu law school) & A (satu gang dengan Q) couple, aku rasa happy. Even aku happy gila tengok A datang ke our graduation. I honestly think A ni boyfriend yang baik (now dah jadi suami dan ayah dah). Mungkin sebab bias aku sendiri dan juga pengaruh W yang menyebabkan aku turut tak bertegur dengan diorang.
Tapi aku sedar yang ultimate reason kenapa aku takut sangat kat S ni mungkin actually aku bukan takut kat mamat tu pun. Aku malu. Malu pasal the R incident. Yes, what was 14-year-old Diyana thinking? So faham-faham lah air muka aku time tu camana. R hebohkan confession aku kat semua kawan-kawan dia, termasuk S. So yeah. Mungkin aku selesa S dan aku tak bertegur langsung dan hanya acknowledge existence dari jauh adalah pasal tu. Apa-apa je lah. The fact that aku tergerak untuk send request kat si Q tu mungkin petanda Illahi bahawa I may have gotten it wrong with the brothers. This means segala bias, judgments dan tanggapan terhadap mereka dan juga tanggapan aku terhadap A dan rakan-rakannya mungkin salah. Ya lah. Selepas SPM baru kau tau orang yang selalu kacau kau, iaitu T rupanya baik gila nak mampus. Hmmm... mungkin betul kata Y. By this time, most of us dah matured dah so mana yang still kecam aku pasal the R incident tu memang betul-betul tak matang lah. Insya Allah. Aku berharap begitu lah, sis.
#1: Ya, memang aku lagi percaya kat Y aka ex-boyfriend aku daripada W yang konon best friend aku yang kenal dah lama. Kalau kau dalam position aku, mungkin kau akan faham why i trust my ex more than my so-called best friend (now ex-best friend lah).
#2 Kepada yang ada niat nak cakap, "Lah! Kau ni nak reconnect belum tentu diorang nak." Well, it happens. Once aku dah get the ball rolling, it ain't my problem anymore. So if diorang tak nak, okay je.