Pages

Friday 4 September 2015

Kau rasa bagus ke?

Kau ambil gambar seorang gadis yang rambutnnya terkeluar dari tudungnya
Kau siarkan gambar tersebut dan lemparkan cacian kepadanya
Rakan-rakan kau turut serta dan turut membesarkan isu ini
Rakan-rakan kau pula puji kau seolah-olah kau si adiwira dalam novel

Kau ambil gambar jejaka yang mempunyai ukiran di belakangnya
Kau sebarkannya ke pengikut kau
Mereka turut serta menyerangnya
Mereka memuji kau seolah-olah kau telah berkhidmat kepada masyarakat

Kau nampak gambar bayi bermata satu
Kau sebarkan kepada semua orang
Mereka turut serta mengutuknya dan memanggilnya Dajjal
Mereka bertanya adakah dunia akan kiamat

Aku cuma mahu bertanya satu soalan
Mungkin empat
Mungkin ada lagi

Bila kau buat ni, kau rasa bagus ke?
Bila kau buat ni, kau lebih baik daripada semua?
Bila kau buat ni, rakan-rakan kau ingat kau bijak?
Bila kau buat ni, kau manusia baik ke?

Kau rasa bijak sekarang, mohon jawab
Kau mahu serang aku dan rendahkan aku?
Kau rasa perlu untuk kau dedahkan kelemahan aku?
Kerana aku rasa kau sudah melampau.




No comments: