Pages

Friday 14 July 2017

B adalah aku

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang samada belajar atau bekerja di luar negara, patut ke kita rasa tersinggung dan terkilan bila orang asing tanya kita:

  1. Is it true that Malaysians have a feast (eat heavy stuff like rice, noodles, roti canai and condiments, etc) for breakfast? and
  2. Is it also true that we eat curries for breakfast?
Basically, it is offensive? If you don't think it's offensive, should you be offended? If you don't think it's offensive and you think you shouldn't be, should other people be offended? Pendek kata A tanya B soalan, C terasa.

A: British-Indian
B: Malaysian-Malay
C: American-Indian
D: British-Indian

Honestly, bila ada orang tanya soalan ni, it feels weird to me. Sebab si penanya tu mempunyai adat dan budaya yang serupa dengan kebanyakan penduduk negara Malaysia. Basically, yang tanya tu British-Indian and since him being a British Indian, shouldn't he like, can relate and tak patut terkejut? 

Tapi itu bukan isunya. Isu yang ditekankan adalah A tanya B soalan berkaitan dengan negara, adat dan budaya B, B rasa okay je tapi C (yang sebangsa dengan A tapi bukan senegara dengan A dan langsung bukan senegara dan sebangsa dengan B) yang mendengar tu rasa tersinggung dan berpendapat A sengaja mahu memalukan B. Ingin dimaklumkan bahawa B dan C adalah kawan baik. A merupakan kawan baik kepada kawan B iaitu D. Ingin juga dimaklumkan C tidak pernah mengenali A dan B cuma sekadar mahu bercerita kepada C.

Cerita dia camni:

I was attending D's birthday party two weeks ago and met A. So when A found out I'm from Malaysia, asked me those two questions. So yeah. I was weirded out at first since A is a British Indian and like, fam don't you guys do those too? He told me that he had a friend from Malaysia who told him that. Dalam hati, mungkin family dia tak amalkan. So, aku terangkan lah secara slow talk yang secara amnya, memang betul tapi bukan semua yang buat. Bergantung kepada keluarga masing-masing. Ada yang breakfast makan nasi lemak, nasi goreng, nasi dagang, roti canai, bubur nasi dan juga mi (noodles). Ada yang prefer Western-style macam telur, roti, cereal, susu, buah dan lain-lain. A, being an Indian felt it was something cool to eat what he had for dinner as breakfast. I told him to give it a try. Dia pun tanya pasal nasi lemak. So, jawab lah nasi lemak ni macam bboy moves, dia banyak variation tapi asas dia ialah nasi yang dimasak dengan santan, telur rebus dan sambal. Boleh tambah ikan bilis goreng, ayam goreng, sambal ikan bilis, sambal sotong, kacang, rendang ayam, rendang daging dan juga kari. Tapi asas still nasi yang dimasak dengan santan, sambal dan telur rebus. For me, selain dari rasa pelik, aku tak terasa pun bila dia tanya sebab dari intonasi dan gerak badan A, dia memang sahaja bertanya kerana mungkin kawan dia tu tipu dia (logik sebab bila orang tu rasa soalan tu racist, rasa macam nak menipu je) dan mungkin dia juga betul-betul ingin tahu memandangkan me, in country called Malaysia born and raised.

Maybe it's different if A tu tanya dengan nada menyindir and lepas aku jawab, dia ketawakan aku and said that my culture is backwards. But that's not the situation, A was between speechless dan "kenapa aku tak try awal-awal dowh!" Basically, reaction dia is what you can expect tourists who come to Malaysia for the first time and culture shock, in a positive way. Come on lah, aku pun tertanya-tanya jugak betul ke apa yang diportray kat media tu sama dengan reality. For example, is it true that all Brits are polite and drink tea all day? Answer, not necessarily. They are just like us, ada yang polite and ada yang tak seberapa. Walaupun majority suka minum teh tapi ada yang prefer kopi, hot chocolate atau juice.

What happened is this: Time breakfast tengah sedap-sedap makan bubur berlauk 3 hari berturut. Hari ni baru perasan, "Wow, I DID have a feast for breakfast! Looool!!!!!" And kadang-kadang aku pun suka panaskan kari semalam untuk breakfast and cicah dengan roti. Sedap, okay! So ingat nak call member iaitu C just to tell a joke, as in my sudden moment of realisation that I just had a super nice delicious feast for breakfast. Knowing me, aku bercerita confirm ada muqadimah. So cerita lah dulu pasal A. Aku rasa C tersinggung dan terasa. Dia juga menasihati aku supaya berhati-hati dengan orang dan berpendapat A adalah bodoh dan ignorant. Dia juga menasihati aku that people are going to bring me down (am I surprised that it's gonna happen? No. For the record, I give that advice to myself in my sleep) with their stupidity and I need to rise above it. It's a good advice tapi tak sesuai. Sebab kau bukan kat sana so kau tak dengar dan kau tak nampak. Kau tak kenal dia. Just because bagi kau, aku ni sweet dan innocent, kau ingat aku defenseless. I know okay. I know. Aku tau bila orang tu being offensive ke tak. Cuma tolong bagi aku buat decision aku sendiri on how aku nak react. Aku boleh je nak tampar muka mamat tu. Aku boleh je marah actually. But I choose not to.

But then again, mungkin salah aku sebab mula dengan muqadimah. Patut terjah je dengan lawak (hambar) aku tu. Tapi takut mereka nggak bisa faham, dong. Even kau nak doa kat Tuhan pun, bukan kau terjah je. Mestilah baca bismillah dulu. Tapi maybe salah aku lah yang aku tak dapat bagitau joke aku. Sebab start dengan muqadimah. Aku tak tau if the question was posed to an immigrant instead of a local, it would be super offended. But there's a fine line between what's offensive and what's not offensive, no? There is. But here's the thing, don't I have the right to choose how to react (when it only concerns me)? Do I have the right to choose if it's offensive or not (when it only concerns me)? She means well but I feel like dia secara tak sengaja termissed the point. Aku tak sure. Mungkin aku salah. Mungkin I should be offended with the question sama macam aku offended gila babi bila D bagitau aku yang bus driver tanya dia "Those aren't bombs right?" bila dia tolong aku pindah barang. In all honesty, D patut jawab dalam kotak tu ada belacan sebab a) sebab dalam kotak tu memang ada belacan b) mengangkat kotak berisi belacan (walaupun belacan tu tinggal sikit) adalah dope. Tapi D tak tau belacan tu apa, kita lupakan dulu. 

Sebenarnya, aku rasa C tu cepat sangat nak melatah. Sebab aku okay je dengan soalan A tapi dia touching melebih. Kau pehal? Steady lah, jane. Macam kawan kau tu. Dia flamboyant gila sampai orang ingat dia nak pergi fashion show. Style dia pelik. Memang pelik. Kadang-kadang tak kena gaya. Bagi kau, orang yang "puji" pakaian dia tu sebenarnya menyindir dia dan kau kesian pasal kawan kau tu terima bulat-bulat "pujian" tersebut. Okay, kawan kau mungkin naive tapi dia tak bodoh. Mungkin dia tau tapi malas nak layan so dia macam "takpelah john. Aku anggap kau puji je." Why would he crack his head over a bunch of random strangers commenting about his fashion sense? Plus, kawan kau banyak benda nak fikir. Takkan benda kecik macam ni pun nak kena fikir jugak? Kalau dia kena catcall tu lain. Yang tu memang kena take action. Berdasarkan perspektif seorang stranger, aku tak ada masa nak menyindir a random stranger unless either I get paid or it's my hobby or I'm just a pathetic loser who doesn't know how to dress up. Which he might think the person who "complimented" his outfit falls under category 3 cause he thinks he's awesome. Memang dia awesome pun walaupun aku rasa di annoying gila nak mampus. And since we're in London, mungkin orang tu mabuk so daripada kawan kau tu offended tiba-tiba dia kesian. Just because orang tu nampak naive, innocent, young and sweet tak bermakna dalaman dia macam tu and tak semestinya 24/7 dia macam tu. Dia ada masa sweet, ada masa dia menaga. And orang-orang macam tu, jangan buat dia menaga. Habis kau nanti.

Kenapa aku tak bersuara? Aku bersuara pun. Aku cakap A tidak bermaksud apa-apa yang offensive. A cuma ingin tahu. Tapi dia went on cakap orang bodoh akan jatuhkan aku dengan kebodohan diorang. Eh, girl! Dia tu bodoh tu dia punya pasal, bukan masalah aku bukan masalah kau. Kau boleh tak focus yang kawan kau ni jenis tak ambil pusing apa orang nak kata? Kadang-kadang aku rasa baik untuk tidak bersuara. First, C tu lagi berumur dan lebih berpengalaman dari aku so confirm opinions aku akan dibangkang sebab aku muda lagi dan belum mengenal dunia sebenar. Second, aku bersuara pun dia akan anggap aku degil so baik diam je. Third, aku bagi savage remarks pun kau akan ketawa dan anggap aku punya remarks adalah comel. So yeah. Aku kena menghormati C yang lagi tua dan lagi berpengalaman dan aku patut terima semua pendapat dia. Dia touching melebih so aku kena touching melebih jugak. Walaupun aku rasa certain things are not offensive, aku kena anggap benda tu offensive. Why? Older and wiser people are always right. Orang muda tak akan pernah tahu apa-apa.

No comments: